Tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh LKM semestinya merumitkan keadaan. Apakah punca terjadi perkara seperti ini? Dimana silapnya?
Punca Tarikh Tamat Insurans Lebih Awal
Sebagai pemilik kenderaan, anda perlu sentiasa peka dengan tarikh tamat insurans anda. Perlu diingatkan JPJ memberi tempoh selama 3 tahun bagi kita untuk tidak memberpaharui cukai jalan. Jika lebih tempoh ini, maka pemeriksaan puspakom diperlukan dan kemudian baru boleh perbaharui insurans dan roadtax.

Buat Roadtax 6 bulan
JPJ Malaysia membenarkan pilihan roadtax atas pemilk sendiri sama ada 6 bulan atau setahun. Bagi pihak insurans pulam kebanyakkan bagi insurans motor dan kereta perlu dihidupkan untuk tempoh satu tahun lengkap.
Dikala kita menghadapi covid-19, kerajaan Malaysia juga memberi pelepasan untuk hanya hidupkan insurans sahaja tanpa membuat roadtax. Hal ini juga menjadi punca kenapa tarikh tamat insurans dan LKM jadi berbeza.
Kekeliruan ini menyebabkan, beberapa persatuan meminta penjelasan kerajaan berhubung isu tempoh cukai jalan dan insurans kenderaan yang berbeza.

Sebagai manusa biasa, terlupa menyebabkan hal ini berlaku. Kita terlupa untuk membuat roadtax 2 minggu sebelum tarikh roadtax 6 bulan tamat. Alarm reminder mestilah dibuat bagi mengelakkan kita terlupa. jika ini berlaku, akan merumitkan diri kita sendiri
Jika gagal buat, sistem JPJ tidak dapat mengesan tarikh insurans anda. Oleh itu, renew roadtax tidak dapat dijalankan seperti biasa asbab tempoh insurans tidak cukup 6 bulan.
Langkah Yang Perlu Dilakukan
Masalah tarikh tamat insurans lebih awal perlu dipandang serius bagi mengelakn masalah lain berlaku.
Antara cara penyelesaian seperti berikut:
- Rujuk Agent Insurans anda
Jika anda buat dengan agent insurans, perkara ini lebih mudah untuk diselesaikan kerana agent ada system sendiri untuk membuat tambahan extension bagi tempoh baki yang kurang
- Walk-in Branch
Jika anda buat online atau direct HQ, anda perlu walk-in ke branch atau email secara online. Namun perkara ini mungkin agak sulit memandangkan pihak hq mungkin agak lewat untuk membalas email anda. Jadi langkah lebih mudah pada masa akan datang, anda boleh mencari agent berdaftar untuk memudahkan proses ini.
Diharap dengan perkongsian ini, serba sedikit dapat membantu dan memudahkan urusan anda. JIka anda nak renew roadtax dan insurans, boleh klik link ini. Bagi respond pantas, boleh terus klik butang whatsapp diatas page.