Apa Itu E-Hailing Insurance & Kenapa Ia Penting untuk Pemandu Grab, inDrive & Maxim?
Industri e-hailing di Malaysia seperti Grab, inDrive, Maxim dan lain-lain semakin berkembang. Ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan sepenuh masa atau sambilan sebagai pemandu e-hailing. Tapi, adakah anda tahu E hailing Insurance adalah wajib dan perlu ditambah sebagai rider add-on pada master polisi sama-ada secara annual atau daily?
Apa Itu E-Hailing Insurance?
Ia adalah perlindungan insurans khas untuk pemandu yang menggunakan kenderaan mereka untuk perkhidmatan membawa penumpang. Ia biasanya ditambah sebagai “rider” atau pelindung tambahan kepada insurans kereta komprehensif sedia ada.


Kenapa Anda Perlukan Tambahan?
Berikut beberapa sebab kenapa ia sangat penting:
1. Patuh kepada Undang-Undang
Sejak Julai 2019, kerajaan Malaysia telah mewajibkan semua pemandu e-hailing untuk mempunyai insurans e-hailing. Tanpa polisi ini, anda boleh didenda atau hilang kelayakan memandu secara sah.
2. Perlindungan Tambahan Ketika Bertugas
Insurans kereta biasa TIDAK melindungi anda semasa membawa penumpang secara komersial. contoh perlindungan tambahan seperti:
Kecederaan penumpang
Liabiliti pihak ketiga
Kemalangan semasa bekerja (on duty)
3. Elak Masalah Tuntutan
Sekiranya berlaku kemalangan semasa anda membawa penumpang e-hailing, syarikat insurans biasa boleh menolak tuntutan anda jika tiada rider e-hailing. Ini boleh menyebabkan kerugian besar.
Berminat untuk semak harga ? Hubungi saya hari ini untuk quotation PERCUMA dengan klik link di gambar — cepat, mudah